YouTube baru-baru ini telah menambah beberapa sokongan baru pada perkhidmatan mereka dalam membolehkan pengguna berinteraksi dengan lebih aktif – termasuk sokongan Card dan juga End Screens.
Dengan pengenalan dan penambahan ciri-ciri baru ini, salah satu kesan terhadap fungsi anotasi adalah dimana penggunaannya berkurangan dengan drastik. YouTube sendiri mengatakan sejak penggunaan End Screens dan Cards, penggunaan anotasi pada video telah berkurangan sehingga lebih 70%.
Disebabkan oleh perkara ini, pihak YouTube akan mematikan sokongan Annotations Editor bermula 2 Mei kelak, sekaligus membuatkan tiada lagi anotasi baru boleh ditambah pada video YouTube selepas tarikh berkenaan.
Anotasi sedia ada akan terus dipaparkan, tetapi terhad untuk pengguna di desktop sahaja. Tidak mustahil untuk kita melihat ia dimatikan sepenuhnya selepas suatu tempoh masa.
- Sumber: Amanz | Mac 17, 2017
No comments:
Post a Comment