Penemuan fosil mengandungi alga merah itu dipercayai berusia 1.6 bilion tahun.
NEW DELHI - INDIA. Saintis di India menemui sepasang fosil mengandungi alga merah berusia 1.6 bilion tahun yang dipercayai sebagai tumbuhan tertua di dunia.
Menurut kajian diterbitkan dalam jurnal Plos Biologi itu, penemuan dalam batuan sedimen di Chitrakoot tengah India tersebut akan membawa kepada penyelidikan semula kewujudan tumbuhan.
"Bukti kehidupan mungkin telah bermula lebih awal daripada yang dijangkakan sebelum ini. Tiada DNA kekal dalam fosil itu untuk dianalisis tetapi bahan struktur menyerupai alga merah pada fosil itu adalah stromatolit dalam batu fosfotit berusia 1.6 bilion tahun.
"Ia sukar dipastikan kerana tiada DNA, namun kajian tersebut adalah berdasarkan struktur alga merah terbabit," kata ketua penyelidik, Prof Emiritus Paleozoologi di Muzium Sejarah Semula Jadi di Sweden, Stefan Bengtson.
Difahamkan, alga merah tertua yang ditemui sebelum ini adalah berusia 1.2 bilion tahun.
- AFP | 18 Mac 2017
No comments:
Post a Comment