NATALIE Cole meninggal dunia pada usia 65 tahun, kelmarin. - Foto Reuters
LOS ANGELES: Natalie Cole, anak perempuan Nat 'King' Cole, pemenang anugerah Grammy yang mewarisi bakat muzik mendiang bapanya, meninggal dunia pada usia 65 tahun, kelmarin.
Keluarganya dalam satu kenyataan, berkata Natalie meninggal dunia petang Khamis lalu di Cedar Sinai Hospital, di sini akibat komplikasi kesihatan berterusan.
"Natalie berjuang untuk hidup. Ibu dan kakak yang dicintai dan dalam hati kami selamanya," kata kenyataan bersama anaknya, Robert Yancy, Timolin dan Casey Cole.
Cole berjuang melawan ketagihan dadah dan hepatitis yang memaksanya menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada Mei 2009.
Kakak sulungnya, Carol "Cookie" Cole, meninggal dunia pada hari beliau menjalani pembedahan itu, manakala abang mereka, Nat Kelly Cole meninggal dunia pada tahun 1995.
Penyanyi lagu soul itu mendapat inspirasi daripada bapanya pada awal usia dan menjalani uji bakat untuk menyanyi bersamanya ketika baru berusia 11 tahun.
Beliau yang pernah berduet menerusi lagu "Unforgettable", berusia 15 tahun ketika bapanya meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada tahun 1965.
- Sumber: AP | 2 Januari 2016
No comments:
Post a Comment