Sunday, 22 November 2015

Shukri Yahya, Tya Adnan selamat bernikah

SHUKRI Yahya dan Tya Adnan.

PUTRAJAYA: Pelakon, Shukri Yahya, selamat bergelar suami kepada Tya Adnan dengan sekali lafaz pada jam 3.37 petang pada Jumaat, 20 November 2015. 

Majlis pernikahan dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, dengan dihadiri kira-kira 200 jemputan termasuk kedua-dua keluarga terdekat pengantin. 

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Perceraian Putrajaya, Muhd Redza Ahmad. 

Shukri atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Yahya, 27, menyerahkan mas kahwin dalam bentuk wang tunai berjumlah RM300 bersama-sama sebentuk cincin, manakala wang hantaran tidak diumumkan.

Mempelai lelaki turut menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.

Antara hantaran yang dihadiahkan kepada pengantin perempuan ialah senaskah al-Quran dan telekung, set minyak wangi, tas tangan, set alat solek, kek serta sirih junjung.

Shukri pula menerima senaskah al-Quran dan tasbih, sepasang kasut, kek, komputer riba, jam tangan, set wangian, coklat, buah-buahan serta sirih junjung.

Sementara itu, Tya atau nama sebenarnya, Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 24, yang juga seorang pelakon mengakui bersyukur selamat bergelar isteri kepada aktor terbabit dan sememangnya dia sudah sedia menempuh kehidupan berumahtangga bersama insan yang dicintai.

Majlis persandingan akan diadakan di A-Park, Kampung Pulau Meranti Puchong, dekat sini, esok, yang dijangka diserikan kehadiran kira-kita 1,000 tetamu. 

Pasangan itu mengikat pertunangan pada 11 Januari 2013. Kedua-duanya bertemu buat kali pertama di set penggambaran filem Ular arahan Jason Choong.

MAJLIS pernikahan yang dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment