Tom Cruise bersama anggota tentera Colombia semasa pengambaran filem Mena
SEBUAH pesawat yang terlibat dalam penggambaran filem lakonan aktor Hollywoood terkenal Tom Cruise, Mena terhempas di Medellin, Colombia dan menyebabakan sekurang-kurangnya dua maut manakala seorang lagi cedera parah.
Tom Cruise bagaimanapun tidak berada di dalam pesawat terbabit sewaktu insiden.
Dua yang terbunuh adalah juruterbang filem Amerika Alan, David Purwin, dan Carlos Berl sementara seorang lagi juruterbang yang cedera parah adalah Lee Garind dan kini sedang mendapat rawatan di Hospital Medellin.
Purwin adalah Pengasas dan Presiden LA Helinet Technologies, yang menyediakan teknologi pengawasan udara dengan penguatkuasaan undang-undang dan agensi kerajaan.
Purwin pernah bekerja untuk beberapa filem blockbuster seperti "Transformers," "Pearl Harbor" dan "Pirates of the Caribbean."
Memetik AFP, pihak berkuasa tempatan percaya bahawa cuaca buruk menyebabkan pesawat enjin berkembar Aerostar terhempas di pergunungan Alto de la Clarita.
Jurucakap Universal Picture dalam kenyataan berkata, pesawat yang membawa krew produksi filem tersebut terhempas ketika pulang ke Lapangan Terbang Enrique Olaya Herrea selepas tamat pengambaran pada hari berkenaan.
"Maklumat terperinci berhubung nahas tidak dapat didedahkan setakat ini dan bagi pihak produksi mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat,"
Filem terbitan The Universal Pictures diarahkan oleh Doug Liman telah menjalankan pengambaran di Colombia sejak penghujung Ogos lalu.
Tom Cruise memegang watak Barry Seal iaitu seorang juruterbang Amerika yang pekerja dengan pengedar dadah Colombia Pablo Escobar sebelum menjadi pengintip Agensi Penguatkuasaan Dadah.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment