MESEJ lucah yang di muat naik oleh Nourul Wahab. - Foto instagram Nourul
KUALA LUMPUR: Penyanyi Nourul Wahab menjelaskan beliau ada alasan tersendiri memuat naik mesej lucah yang dihantar kepadanya di akaun Instagram miliknya.
Tindakan Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 37, berkongsi mesej berbaur lucah itu menimbulkan reaksi ramai pihak malah ada mengkritik tindakannya itu.
"Tujuan utama saya memuat naik mesej berbaur lucah itu bagi memberi amaran kepada individu terbabit untuk menghentikan perbuatan tidak bermoralnya. Malah, ini bukan kali pertama saya berhadapan dengan situasi begini.
"Saya berjaya menghentikan tindakan terkutuk individu terbabit dengan berkongsi mesej itu di laman sosial. Namun, sebaliknya saya pula dikutuk kerana membuat pendedahan berkenaan.
"Ada sesetengah individu terlalu cepat mencari kesalahan orang lain tanpa usul periksa. Apa saja dikongsikan artis dijadikan bahan jenaka dan diperlekehkan walaupun ia adalah perkara serius.
"Saya juga manusia biasa seperti orang lain yang punya hati dan perasaan. Tidak salah menegur cuma kadang kala tidak kena pada tempatnya. Kita bukan maksum untuk menilai dan mencari kesalahan orang sesuka hati," katanya kepada BH Online.
Tambah Nourul, ada segelintir pihak menganggap artis boleh dilemparkan pelbagai komen negatif tanpa rasa bersalah.
Beliau bersuara bagi menegakkan haknya yang dihakimi tanpa sebab munasabah.
- Sumber: BH Online
No comments:
Post a Comment