Pakar perubatan mahu pesakit tersebut berada dalam keadaan sedar dan berkomunikasi untuk memastikan pembedahan tidak merosakkan organnya. - Gambar hiasan
RAKAMAN yang menakjubkan ini menunjukkan seorang lelaki yang menjalani pembedahan otak diletakkan dalam keadaan sedar oleh doktor berkenaan di China.
Memetik laporan Metro.UK, rakaman video itu diambil ketika operasi pembedahan tiga jam, dimana pakar bedah sedang berusaha untuk mengeluarkan ketumbuhan tumor dari bahagian otak pesakit.
Pesakit berusia 46 tahun itu telah digalakkan untuk membaca puisi dari sebuah tablet oleh pegawai perubatan ketika sesi pembedahan, malah dia juga dilihat berbual dengan doktor tersebut dalam klip yang disiarkan di Shenzhen TV di China.
Menurut pakar perubatan, oleh kerana ketumbuhan tumor pesakit itu berhampiran bahagian Broca – sebahagian daripada organ yang dikaitkan dengan pengeluaran ucapan – pakar perubatan mahu pesakit tersebut berada dalam keadaan sedar dan berkomunikasi untuk memastikan pasukan pembedahan tidak merosakkan bahagian tersebut.
"Pesakit tidak berasa kurang selesa semasa pembedahan, tidak merasa sebarang kesakitan... dia boleh bercakap dengan kami," kata doktor yang menjalankan pembedahan tersebut.
Bagaimanapun, pesakit itu berjaya menjalani pembedahan tersebut dan dia kini sudah pun dibenarkan keluar dari hospital.
- Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment