Monday, 18 May 2015

15 cebisan mayat bayi tanpa kepala ditemui

Menurut Polis, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti wanita yang baru melahirkan anak di kawasan perumahan itu.

JOHOR BAHRU: 15 cebisan mayat bayi tanpa kepala dijumpai dalam loji kumbahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman ketika memaklumkan kepada wartawan pagi ini berkata, cebisan mayat berkenaan ditemui sekumpulan pekerja pembersihan loji kumbahan tersebut pada jam 10.30 pagi ketika mereka sedang menjalankan tugas.

"Ketika sedang membersihkan kawasan itu, mereka ternampak beberapa objek yang mecurigakan tersangkut di perangkap sampah,"

"Selepas dikumpulkan didapati ia adalah cebisan mayat dipercayai mayat seorang bayi," jelasnya.

Perkara itu kemudian dimaklumkan kepada pihak polis kira-kira jam 1:30 petang semalam untuk tindakan lanjut.

Menurut pihak Polis, kepala bayi malang itu masih belum ditemui

Setakat ini polis telah mengumpulkan 15 keratan badan termasuk bahagian kaki dan tangan bayi terbabit. Manakala kepalanya masih belum ditemui.

Mohd Khamsani menegaskan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti wanita yang baru melahirkan anak di kawasan perumahan itu serta klinik berdekatan. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment