Musim kesebelas Grey's Anatomy menyaksikan salah satu watak utamanya dimatikan
Sudah sedekad sejak pertama kali Grey’s Anatomy mula ditayangkan pada Mac tahun 2005.
Drama perubatan yang diilhamkan oleh Shonda Rhimes ini menyaksikan ramai bintang popular yang pernah atau masih membintangi siri televisyen itu.
Kini dalam musim kesebelasnya, salah satu watak utama Grey’s Anatomy dimatikan.
Dr. Derek Shepherd atau ‘McDreamy’ dimainkan oleh Patrick Dempsey bermula sebagai love-interest kepada watak titular siri itu iaitu Meredith Grey lakonan Ellen Pompeo.
Selepas mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan, akhirnya kedua-dua watak itu mendirikan rumah tangga pada musim keenam.
McDreamy yang menjadi kegilaan para gadis pengikut siri tersebut meninggal dunia dalam episod terbaru yang disiarkan di Amerika Syarikat pada Khamis.
Episod ‘How to Save a Life’ disiarkan menerusi saluran ABC semalam, menyaksikan Derek terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang menyebabkannya ‘otaknya tidak berfungsi'.
Meredith yang bergegas ke hospital mengimbau kembali kenangan yang pernah dilalui oleh mereka berdua sebelum bersetuju untuk menghentikan alat bantuan pernafasan suaminya itu.
Hashtag #GreysAnatomy menjadi trending pertama di Twitter seluruh dunia dengan lebih 457 ribu orang bercakap mengenai episod tersebut.
Patrick Dempsey masih terikat dengan kontrak siri itu selama setahun. Lantaran episod yang memaparkan kematian karekter yang dilakonkannya langsung membuat para peminat siri itu terkejut selain bersedih.
- Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment