Tuesday, 21 April 2015

Alvin Tan dikecam persenda laungan azan

Alvin telah membalas semula kecaman tersebut dengan mempertahankan tindakannya itu.

KUALA LUMPUR: Penulis blog kontroversi, Alvin Tan sekali lagi mempersendakan Islam menerusi sebuah video memaparkan 'azan' versi R&B di laman Facebooknya.

Video berdurasi 2 minit 50 saat itu mengundang kecaman dan kemarahan masyarakat Islam yang rata-ratanya dari Malaysia dengan menyifatkan sendaan itu sebagai kurang ajar dan biadap.

"Pertama sekali, ini adalah lagu versi sendiri, oleh itu pengubahsuaian kreatif dibenarkan. Kedua, saya bukan pengebom berani mati," kata Alvin yang kini berada di Amerika Syarikat.

Menurutnya, tujuan dia berbuat demikian adalah supaya semua masjid di Malaysia memainkan 'azan' versinya itu.

Kecaman warga internet di laman Facebooknya, bagaimanapun tidak sedikit pun memberi kesan kepadanya.

Sebaliknya, dia telah membalas semula kecaman tersebut dengan mempertahankan tindakannya itu.

Alvin, atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 27, telah melarikan diri dari Malaysia pada September lalu bagi mendapatkan perlindungan politik setelah melakukan pelbagai kenyataan kontroversi yang mampu menjejaskan hubungan antara kaum.

Pada 18 Julai 2013, Tan dan teman wanitanya ketika itu, Vivian Lee, 25, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Akta Hasutan kerana mempersendakan agama Islam dan bulan Ramadan di laman Facebook mereka.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment