Tuesday, 3 March 2015

Perogol salahkan mangsa rogol

Mukesh Singh. - Foto ihsan BBC

NEW DELHI - INDIA. Salah seorang banduan yang disabitkan kesalahan merogol dan bunuh pada 2012 menuduh mangsa rogolnya sebagai punca kejadian tersebut berlaku.

Melalui satu temuramah dengan BBC, Mukesh Singh memberitahu bahawa wanita yang keluar pada waktu malam patut dipersalahkan jika mereka menarik perhatian perogol.

"Perempuan patut dipertanggungjawabkan dalam kes rogol," kata Mukesh yang disabitkan kesalahan merogol dan membunuh mangsanya, Jyoti Singh.

"Apabila dirogol, mangsa tak sepatutnya melawan. Mangsa patut diam dan biarkan (dirogol). Kemudian perogol akan bebaskan mereka.

"Perempuan yang baik tidak akan berada di luar rumah selepas jam 9 malam. Kerja rumah adalah kerja perempuan, bukan pergi disko dan bar sambil memakai baju tidak sopan," kata Mukesh tanpa sebarang riak penyesalan.

Muskesh juga memberitahu bahawa hukuman mati akan memburukkan lagi keadaan.

"Sebelum ada hukuman mati, perogol akan tinggalkan mangsa selepas merogol. Sekarang (ada hukuman mati) perogol akan merogol dan membunuh mangsa rogol mereka," akhiri Mukesh.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment