Salinan paparan di laman Instagram dan Facebook. Gambar kecil adalah drone fotografi
SHAH ALAM - Tindakan menerbangkan drone berhampiran sebuah landasan pesawat di lapangan terbang dikhuatiri mengancam keselamatan.
Menurut seorang pelayar laman sosial, kegiatan menggunakan dron untuk mengambil gambar pesawat berlepas dan mendarat memberi impak terhadap pengguna drone secara amnya.
"Bagaimana jika anda hilang kawalan terhadap dron anda dan ia terbang ke arah laluan kapal terbang?" kata pelayar tersebut.
Sebelum ini, terdapat pengguna drone yang memuatnaik gambar kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke laman foto popular, Instagram.
Tindakan tersebut memberi reaksi berbeza dari orang ramai di Instagram.
Ada yang menggesa pihak pengurusan lapangan terbang atau pihak berkuasa campurtangan terhadap hal ini.
Difahamkan, peraturan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menetapkan drone seberat 20 kilogram ke bawah tidak dibenarkan beredar di ruang udara terkawal.
Drone seperti ini juga tidak dibenarkan dalam jaram 1.5 batu nautika (2.8km) daripada sempadan lapangan terbang tanpa kebenaran pusat kawalan udara.
Drone fotografi ini yang banyak digunakan di luar negara terutama di Amerika Syarikat, namun kini mudah dimiliki di Malaysia.
Kelebihan mengambil gambar menggunakan drone adalah dapat mencapai ketinggian atau sudut yang sukar dilakukan oleh jurufoto.
Peralatan drone kini lebih kecil, ringan, stabil, murah dan boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment