Pelakon yang berusia 60 tahun menerima penganugerahan ini bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan 2015. - Gambar Twitter
Pelakon aksi kelahiran Hong Kong Jackie Chan telah dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.
Pelakon yang berusia 60 tahun menerima penganugerahan ini daripada Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan 2015.
Turut menerima gelaran yang sama, Ustaz Kazim Elias yang menjadi penceramah popular untuk program Astro Kalau Dah Jodoh yang mempunyai pengikut tersendiri menonton program tersebut
Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak tahun 2008 bertujuan menghargai dan mengiktiraf sumbangan, jasa serta khidmat cemerlang warga dalam Wilayah Persekutuan.
- Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment