Gambar Nora Danish yang digunakan dalam video sekumpulan empat lelaki bertopeng.
PELAKON cantik, Nora Danish akan membuat laporan polis ekoran gambarnya yang digunakan dalam video sekumpulan empat lelaki bertopeng yang mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan negara di mahkamah pada 18 Februari ini.
Nora yang mengetahui video tersebut menerusi seorang rakan tengah hari tadi, enggan memberi komen lanjut mengenai video terbabit.
"Berita ini saya ketahui melalui rakan tengah hari tadi dan saya sendiri telah melihat video rakaman itu. Bagaimanapun, mereka tidak menyebut nama saya malah perkara yang dibualkan tidak kena mengenai dengan saya. Cuma kelihatan gambar saya di pegang oleh mereka.
"Apa yang boleh saya katakan, saya akan membuat laporan polis," katanya menerusi satu kenyataan yang diberikan kepada Sinar Harian hari ini.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment