Thursday, 5 February 2015

Iklan 'Fire your Indonesian maid' memang kurang ajar

Gabenor Jakarta meluahkan rasa kecewa berhubung sebuah iklan produk membersih rumah di Malaysia

KUALA LUMPUR: Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama hari ini meluahkan rasa marah beliau terhadap sebuah iklan produk membersih rumah di Malaysia yang dikatakan menghina pekerja rakyat Indonesia .

"Tidak boleh pecat sebegitu rupa. Iklan 'Fire your Indonesian maid' memang kurang ajar sangat," kata beliau yang juga mesra dipanggil dengan panggilan Ahok di Jalan Medan Merdeka Selatan, Jakarta pada Rabu, lapor Metrotvnews.

Beliau menyarankan agar masalah tersebut segera diselesaikan pemimpin kedua negara kerana iklan itu mengandungi unsur penghinaan yang dapat merenggangkan hubungan antara Indonesia-Malaysia.

Sebelum ini Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, M. Hanif Dhakiri telah mengirimkan pesanan pendek kepada Kementerian Tenaga Kerja Malaysia berkenaan sebuah iklan produk membersih rumah yang menyinggung perasaan masyarakat Indonesia, terutama tenaga kerja pembantu rumah dari republik itu.

Dalam masa yang sama, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno, turut menzahirkan rasa kesal kerana iklan seperti itu digunakan oleh syarikat swasta berkenaan yang beribu pejabat di Petaling Jaya.

Tambahnya, hal tersebut tidak seharusnya berlaku lebih-lebih lagi ketika Presiden Joko Widodo sedang dalam persiapan bagi memulakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula esok sehingga 7 Februari ini. 

- Sumber: Agensi 

No comments:

Post a Comment