Sunday, 8 February 2015

Hukum penjenayah media sosial 20 tahun penjara

NGO dari Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia cadang hukuman 20 tahun penjara, sebat dikenakan terhadap penjenayah media sosial.


KUALA LUMPUR - Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hari ini mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengenakan hukuman berat terhadap 'penjenayah' media sosial.

Presidennya, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, sudah tiba masanya kerajaan berbuat demikian kerana 'penjenayah' media sosial kebelakangan ini sudah tidak takut dengan undang-undang sedia ada.

"Saya mencadangkan hukuman 20 tahun penjara dan sebatan dikenakan terhadap pengedit gambar, pemfitnah, penghasut dan pengutuk agama, bangsa, pemimpin serta kesultanan Melayu," katanya kepada media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini, hari ini.

Katanya lagi, hukuman itu wajar memandangkan implikasi daripada perbuatan penjenayah media sosial tersebut.

"Tindakan itu setimpal, mereka wajar dihukum," katanya.

Terdahulu MJMM bersama Ikatan Rakyat Ihsan Muslim Malaysia (IRIMM) membuat laporan polis terhadap beberapa blogger yang didakwa tidak beretika dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan sensitif dan berbaur perkauman.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment