Laman sosial popular Facebook mengalami masalah teknikal.
PENGGUNA laman sosial Facebook dan Instagram seluruh dunia gempar gara-gara kegagalan untuk mengakses masuk ke laman sosial masing-masing semalam.
Kegagalan akses masuk yang melibatkan lebih 1.5 bilion pengguna laman sosial itu didakwa digodam oleh penjenayah siber yang dikenali sebagai Lizard Squad; anggota kumpulan Cyber Caliphate atau Khalifah Siber.
Pengakuan tersebut dikatakan dibuat oleh Lizard Squad menerusi akaun Twitternya, @LizardMafia, lapor portal Dail Mail Online.
Facebook dan Instagram menjadi sasaran kedua selepas syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) kelmarin.
Bagaimanapun pengasas Facebook, Mark Zuckerberg yang juga pemilik Instagram menafikan perkara tersebut.
Zuckerberg sebaliknya mendakwa ia berlaku disebabkan masalah teknikal.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment