Ahli keluarga Leftenan Mu’ath Safi Yousef al-Kaseasbeh tidak dapat menahan kesedihan sebaik menerima beri pembunuhan kejam itu.
AMMAN – JORDAN. Jordan telah bersedia untuk menjatuhkan hukuman bunuh terhadap seorang banduan al-Qaeda hari ini susulan pendedahan Kumpulan Militan Negara Islam (IS) yang dilaporkan membakar hidup-hidup juruterbang Jordan, Leftenan Mu’ath Safi Yousef al-Kaseasbeh.
Semalam, satu video berdurasi 22 minit telah diedarkan melalui akaun Twitter menunjukkan bagaimana Militan IS menahan, memasukkan Lt Kaseasbeh ke dalam kurungan besi sebelum membakarnya.
Susulan pendedahan itu, Jordan berikrar akan tmembalas perbuatan kejam kumpulan militan berkenaan, lapor Assiociate Press.
Sebelum subuh hari ini, konvoi yang membawa banduan al-Qaeda, al-Sajida Rishawi dilaporkan tiba di penjara Swaqa untuk menjalani hukuman gantung.
Pegawai yang enggan mendedahkan namanya itu berkata, dia tidak diberi kuasa untuk membincangkan isu ini dengan media.
Wanita Iraq yang berusia 44 tahun itu berhadapan hukuman gantung sampai mati selepas terlibat dalam tiga pengeboman di hotel Amman pada tahun 2005.
Rishawi berjaya ditahan pihak berkuasa selepas tali yang menghubungkan bom ke badannya tidak meletup pada masa itu.
Sementara itu, Rishawi turut dilaporkan mempunyai hubungan keluarga kepada beberapa pemimpin cawangan al-Qaeda di Iraq.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment