Wednesday, 25 February 2015

8 maut dalam serangan di restoran Czech

PRAGUE: Seorang lelaki bersenjata menyerbu sebuah restoran di bandar Czech timur pada Selasa dan menembak mati lapan orang sebelum menembak dirinya sendiri.

Menteri Dalam Negeri Milan, Chovanec menolak keganasan sebagai motif kejadian berdarah di restoran "Friendship" di bandar Uhersky Brod oleh penembak berusia dalam lingkungan 60-an itu.

"Menurut maklumat, ini bukan serangan pengganas, tetapi dilakukan oleh individu yang mentalnya tidak stabil," katanya di Twitter.

Pengunjung restoran yang panik pantas melarikan diri melalui pintu belakang ketika beberapa das tembakan dilepaskan.

Datuk Bandar Patrik Kuncar berkata suspek, seorang penduduk bandar itu, membawa dua senjata dan melepaskan 25 tembakan.

Menurut polis, beberapa orang cedera, termasuk seorang wanita dalam keadaan kritikal selepas ditembak di dada.

Sebuah stesen televisyen swasta Prima berkata suspek terlebih dahulu menghubungi talian panas stesen itu bagi menyatakan rancangannya.

Wartawan Prima segera memaklumkan kepada polis mengenai ancaman tersebut.

"Dia memperkenalkan dirinya, dan dia beritahu saya untuk menghantar pemberita ke Uhersky Brod," kata wartawan Prima TV Pavel Lebdusko.

"Dia beritahu saya dia telah diganggu oleh ramai orang namun pihak berkuasa tidak mengambil tindakan.

“Suspek berkata itu sebabnya mengapa dia menggunakan senjata bertujuan menangani sendiri keadaan itu."

Kejadian berlaku ketika ketegangan memuncak di seluruh Eropah berikutan serangan maut di Paris dan di Copenhagen pada beberapa minggu lalu,

- Sumber: AFP

No comments:

Post a Comment