- Gambar Ahmed Merabet, 42, yang tersebar di Twitter.
PARIS - PERANCIS. "Adakah anda akan bunuh saya?" kata pegawai polis, Ahmed sambil mengangkat tangan tanda merayu.
"Ya tuan." kata salah seorang suspek sebelum menembak Ahmed di kepala.
Dialog berkenaan antara kandungan video yang menyaksikan Ahmed ditembak di kepala pada jarak dekat yang telah dimuatnaik oleh beberapa perakam amatur kejadian berkenaan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Charlie Hebdo: Pegawai polis Islam turut terbunuh]
Ahmed, 42, merupakan warga Perancis beragama Islam yang sudah berkahwin dan ditugaskan untuk meronda kejiranan Paris berdekatan lokasi kejadian ketika serangan berlaku.
Beribu-ribu orang awam berkumpul untuk solidariti dan mengecam serangan tersebut, malam semalam.
"Ahmed maut ketika melindungi warga Paris. Saya hormat kepadanya," menurut salah satu ucapan takziah.
"Adalah penting untuk kita sedar bahawa salah seorang yang beragama Islam turut dibunuh oleh mereka yang kononnya memperjuangkan agama Islam," kata Alan Mendoza.
Menurut Dailymail.co.uk, Ahmed meninggalkan dua orang anak dan seorang balu, yang merupakan seorang editor di sebuah syarikat penerbitan akhbar.
Ahmed merupakan salah seorang daripada 12 mangsa yang dibunuh kejam pada kejadian Rabu lepas, selepas dua orang suspek bersenjata automatik menyerang syarikat penerbitan akhbar, Charlie Hebdo.
Selain daripada Ahmed, Frank Brinsolaro, 49, merupakan pegawai polis yang ditugaskan melindungi editor Charlie Hebdo, Stephane Charbornnier, yang turut terbunuh dalam kejadian tersebut.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment