Suasana menyentuh perasaan menyelubungi Martin Place ketika pasangan pengantin baru hadir meletakkan jambangan bunga - Sumber Instagram Dina Kheir
Sepasang pengantin beragama Islam yang hadir untuk memberi penghormatan pada mangsa tragedi Sydney Siege yang berlaku Martin Place minggu lepas, menerima tepukan daripada pengunjung yang berada di sana.
Pasangan pengantin baru itu singgah ketika dalam perjalanan ke majlis perkahwinan mereka.
Manal Kassem yang anggun dalam busana pengantin serba putih bersama hijab, meletakkan jambangan bunga ros putihnya, sambil ditemani suami, Mahmod Homaisi.
Peristiwa ini meraih pujian dan perhatian di media sosial dengan perkongsian gambar dan video di pelbagai platform.
"Dia melakukannya atas rasa hormat pada negaranya, yang akan jadi negara kepada anak-anaknya dan cucu-cucunya,” memetik kata perancang perkahwinan pasangan itu, Dina Kheir.
Pasangan itu pada mulanya bercadang untuk menjalankan sesi bergambar di bandar terbabit namun menangguhkannya bagi menghormati tragedi berkenaan.
Dua terkorban dalam krisis tebusan selama 16 jam di kafe coklat Lindt, Sydney, Australia melibatkan pengurus kafe tersebut, Tori Johnson, 34 tahun dan peguam, Katrina Dawson, 38 tahun.
- Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment