Wednesday, 17 December 2014

GRO leka layan pelanggan dicekup

Antara wanita warga asing yang ditahan bagi membantu siasatan.

KLANG - Sebuah pusat hiburan di Taman Botanic, di sini, dipercayai menyediakan khidmat pelayan pelanggan (GRO) di serbu sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, kelmarin.

Menurut sumber, terdapat 30 pelanggan sedang leka dilayan GRO warga asing itu.

“Kesemua pelanggan dan GRO cuba meloloskan diri setelah menyedari kehadiran anggota polis, namun gagal.

“Hasil pemeriksaan mendapati, sembilan wanita warga Vietnam tidak mempunyai dokumen perjalanan diri, turut ditahan dua lelaki dipercayai bekerja sebagai pengurus dan pelayan di premis itu,” katanya.

Menurutnya, premis berkenaan dipercayai menjalankan perniagaan hiburan tanpa lesen. Polis turut merampas pelbagai peralatan audio visual serta beberapa dokumen dan sejumlah wang.

“Kita tidak menolak kemungkinan khidmat seks turut ditawarkan kepada pelanggan,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment