Tuesday, 18 November 2014

Tarikan geowarisan di Gunung Gagau

Fosil yang dianggarkan berusia lebih 200 tahun hingga 65 juta tahun itu, membuktikan kewujudan dinosaur.

KUALA LUMPUR: Penemuan terbaru fosil dinosaur mengukuhkan lagi teori kewujudan dinosaur di negara ini.

Penemuan ini merupakan satu khazanah yang tidak ternilai dan mampu memberi pulangan dengan menjadikannya satu lagi tarikan pelancongan kepada negara.

Pakar Paleontologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Mohd Shafeea Leman pada Isnin berkata, penemuan terbaru fosil dinosaur itu menjawab persoalan bukti kehadiran dinosaur di negara ini.


Dua fosil gigi ditemui bersaiz 1.5 sentimeter, manakala tapak kaki berukuran lebih 15 sentimeter dan tulang yang tertanam di dalam bongkah batu.

Dinosaur spesies Iguanodintid dan Sauropod memakan tumbuhan, manakala Therapod adalah dinosaur pemangsa yang memakan daging. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment