Zairil berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan gambar intim mirip wajahnya dan Dyana Sofya.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari hari ini menafikan bahawa beliau adalah orang di dalam gambar intim yang disebarkan di laman media sosial yang memaparkan seseorang yang berwajah miripnya dan calon PRK Telok Intan, Dyana Sofya.
Menurut laporan Sinar Online, Zairil yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP juga tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan gambar kontroversi itu.
"Saya tak nak komen sangat isu bebal macam ini, cuma hendak cakap politik longkang di Malaysia semakin teruk.
"Bukan kali pertama difitnah atau menjadi mangsa, sudah tiada isu lain hendak main," katanya kepada Sinar Online.
Gambar fail Dyana Sofya sewaktu menjadi calon DAP dalam PRK Telok Intan yang lalu.
Sementara itu, menurut laporan itu lagi, Dyana, berkata dia berasa marah dengan perbuatan tersebut.
"Saya berasa marah tetapi saya tidak akan layan politik jahat macam ini.
"Hal ini menjijikkan bagaimana mereka tetap menggunakan politik longkang terhadap pembangkang.
"Sebagai seorang wanita, saya sasaran yang mudah. Sebab saya wanita, saya dilihat sebagai mudah dibuli. Saya marah, tetapi saya tak nak layan politik jahat macam ini," katanya kepada Sinar Online.
Gambar yang disebarkan melalui media sosial itu antara lain memaparkan aksi dua individu mirip Zairil dan Dyana dalam keadaan berpelukan mesra.
- Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment