Thursday, 11 September 2014

Pelajar perempuan UiTM Melaka ditikam penceroboh

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang tidur sebelum terjaga dan melihat kelibat seorang lelaki di biliknya.

MELAKA: Seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), parah ditikam semasa bergelut dengan seorang penjenayah yang memecah masuk rumah sewanya di Lendu, Melaka malam tadi.

Mangsa Siti Irina Ridzwan, 20 tahun, mengalami kecederaan akibat ditikam lima kali di dada dan sekali di tangan dengan senjata dipercayai menggunakan pisau.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang tidur sebelum terjaga dan melihat kelibat seorang lelaki di biliknya.

Disebabkan mangsa melawan dan menjerit, suspek bertindak agresif sebelum menikamnya beberapa kali.

Jeritannya turut didengari rakan serumahnya menyebabkan suspek melarikan diri dengan terjun dari tingkat satu beranda rumah berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, suspek sempat melarikan tiga dompet dan dua kunci kereta.

Siasatan awal menemui dua bilah parang, satu kerambit dan dua kunci kereta milik mangsa dan rakannya.

Polis menahan dua lelaki berusia 18 dan 20 tahun yang dipercayai rakan suspek yang turut tinggal di apartmen sama.

Mangsa kini dilaporkan stabil dan kini dirawat di hospital Melaka.

Kes disiasat di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga membawa kecederaan.

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment