Harga iWatch bermula dari $349 (RM1117.50) di Amerika Syarikat. -AP Photo/Marcio Jose Sanchez
Canggih!
Itulah persepsi saya ketika membaca laporan media asing dan tempatan tentang pelancaran Apple Watch (tetapi lebih dikenali sebagai iWatch). Ini juga produk terbaharu dari Apple sejak pelancaran peranti popular iPad pada April 2010.
Tentu sekali ramai akan membuat perbandingan dengan produk keluaran pesaing terdekat Apple.. Samsung.
Jam tangan Samsung Galaxy Gear yang dilancarkan pada 2013 dan juga Samsung Galaxy Gear 2 pada April 2014 membenarkan pengguna untuk membuat/menerima panggilan, merakam gambar, menerima notifikasi, ciri mencari telefon atau tablet menggunakan “Find My Device” dan juga penggunaan S Voice untuk arahan suara.
Desas-desus bahawa Apple akan melancarkan produk yang sama terus menjadi spekulasi media antarabangsa dan juga penggemar produk Apple.
Pada hari Selasa, semuanya terjawab. Selain melancarkan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook turut mengumumkan pelancaran Apple Watch.
Sebagai pengguna setia produk Apple – saya mempunyai iPhone 5s, iPad dan MacBook Air -- saya tertanya-tanya perlukan saya menambah produk Apple terbaharu itu dalam koleksi sedia ada.
Harga Apple Watch bermula dari $349 (RM1117.50) di Amerika Syarikat dan ia mungkin akan meningkat di pasaran Malaysia.
Pada masa yang sama, iPhone 6 dijual pada harga US$200 (RM640) untuk 16GB, US$300 (RM960) untuk 64GB dan US$400 (RM1280) untuk 128GB. iPhone 6 Plus pula dijual dengan harga US$100 lebih mahal dari setiap jenis iPhone 6.
Harganya Apple Watch pun lebih kurang iPhone 6. Sanggupkah seseorang berbelanja ribuan ringgit hanya untuk seutas jam?
Ya, ia kelihatan trendy dan peminat setia Apple pastinya ingin membeli produk terbaharu ini. Tetapi adakah ia berbaloi?
APPLE WATCH: Tim Cook memberi penjelasan tentang produk terbaharu Apple. -Justin Sullivan/Getty Images/AFP
Secara amnya, Apple Watch mempunyaipelbagai ciri: Kalendar, Peta, Passbook, Music, Apple TV iTunes, remote camera dan Siri.
Tidak lupa ia juga boleh menjawab panggilan dan membalas mesej dan emel.
Ia sama dengan menggunakan iPhone, tetapi semua maklumat dipancarkan di pergelangan tangan anda dengan skrin paparan berketinggian 38mm atau 88mm.
BERGAYA: Apple Watch mempunyai pelbagai rekaan bergantung kepada pilihan anda. -AP Photo/Marcio Jose Sanchez
Apple Watch turut menunjukkan waktu paling tepat dan jika anda berada di luar negara, zon masanya akan bertukar secara automatik menggunakan sistem GPS tanpa perlu mengubahnya secara manual.
Jam kita akan sentiasa menunjukkan waktu yang tepat, tetapi adakah kita akan menepati temu janji yang ditetapkan? Bolehkah Apple Watch membantu kita untuk tidak lambat keluar dari rumah atau hadir ke mesyuarat pada masa yang tepat?
Jam kita dah Apple Watch, takkan masih nak follow Malaysian Timing?
Suhu cuaca terkini turut dipaparkan di skrin Apple Watch... tetapi, beberapa ramai yang sentiasa menyemak suhu cuaca. Secara jujurnya, berapa ramai yang kisah tentang suhu cuaca di luar sana? Kalau dah panas, panaslah. Kalau dah hujan, kita tahu malam ini kita akan tidur dengan lena.
No comments:
Post a Comment