George Clooney dan Amal Alamuddin.
George Clooney dan Amal Alamuddin.
RAMAI dalam kalangan peminat sudah tidak sabar untuk menyaksikan hari bahagia aktor hebat, George Clooney dan Amal Alamuddin.
Walaupun sebelum ini Clooney memberitahu bahawa tarikh keramat itu akan berlangsung pada 20 September ini, namun berita perkahwinan mereka telah pun tersebar.
Ada yang mendakwa, pasangan bahagia ini telah berkahwin secara rahsia pada Jumaat lalu tanpa pengetahuan sesiapa.
Menurut laporan media antarabangsa, pasangan ini memilih lokasi pernikahan di London Town Hall, dan dihadiri teman rapat sahaja.
Pun begitu, khabar angin yang tersebar dengan meluas ini pantas dinafikan oleh jurucakap bintang terkenal itu dan menegaskan bahawa tiada majlis perkahwinan yang berlangsung antara mereka berdua.
"Tiada sebarang majlis mereka pada hari itu (Jumaat). Kemungkinan besar ianya hanyalah salah faham. Mereka masih belum bergelar suami isteri.
"Memang ada perkahwinan yang berlangsung di situ pada Jumaat lalu, namun ia bukanlah majlis pasangan ini," kata jurucakap berkenaan. rahsia? Kahwin
Majlis sederhana
Menerusi temubual di majlis, Celebrity Fight Night, Florence, Itali, awal bulan ini, Clooney memberitahu bahawa dia dan tunangnya itu bakal disatukan pada 20 September ini.
Malah, dalam temubual berkenaan, Clooney turut memberitahu, perkahwinan mereka bakal berlangsung di Venice, Itali dan bukannya di lokasi yang digemburkan di Danau Como.
Clooney berkata, majlis yang diadakan itu tidak seperti yang diharapkan oleh sebahagian besar peminatnya kerana ia akan diadakan dalam suasana yang cukup sederhana.
"Cukuplah ia sekadar majlis sederhana namun menjadi detik indah buat kami berdua. Hanya rakan dan saudara terdekat sahaja yang akan menghadirinya.
"Kami juga telah membuat keputusan untuk tidak menguar-uarkan mengenai maklumat lanjut perkahwinan itu. Cukup sekadar peminat tahu kami telah berkahwin.
"Saya memilih Itali kerana ingin memberi penghargaan kepada negara ini yang telah saya diami sejak 12 tahun lalu," kata bintang Gravity ini lagi.
Pasangan bahagia ini telah bertunang pada April lalu setelah tujuh bulan menjalinkan hubungan asmara.
-- Sumber: Sinar Hariant
No comments:
Post a Comment