Jay Z sehingga kini masih cuba memujuk Beyonce. - Foto AFP/Frederic J. Brown
Berita keretakan rumah tangga penyanyi Rap Jay Z dan isterinya, Beyonce semakin mendapat perhatian meluas pihak media mahupun peminat walaupun mereka berdua masih belum membuka mulut tentang isu tersebut.
Menurut sumber terdekat pasangan ini, hubungan mereka dilihat makin parah selepas kedua-duanya telah berbincang soal penceraian.
Walau bagaimanapun, Jay Z sehingga kini masih cuba memujuk Beyonce dan cuba memberi keyakinan bahawa mereka masih mampu hidup bersama dan mempertahankan rumah tangga yang telah dibina sejak 2008.
"Mereka berdua sudah berbincangan mengenai penceraian semasa konsert jelajah On The Run sedang berlangsung. Perkara tersebut menimbulkan sedikit ketegangan antara mereka dan masih tiada lagi kata putus yang diberikan oleh Beyonce.
"Beyonce masih lagi mempertimbangkan mengenai penceraian mereka dan cuba meminta pendapat daripada ibu dan adiknya untuk membuat keputusan tersebut. Ianya satu perkara yang cukup sukar dan besar dalam hidupnya,jelas sumber terdekat mereka berdua.
Rumah tangga mereka kembali goyah baru-baru ini selepas seorang wanita yang dikenali sebagai Liv tampil menerusi sebuah vieo bertajuk ‘Sorry Mrs Carter’ yang merujuk kepada Beyonce. Wanita tersebut mendedahkan perbuatan Jay Z yang mengajak wanita tersebut tidur bersamanya namun ditolak kerana menghormati Beyonce. - Astro Awani
No comments:
Post a Comment