Tuesday, 20 May 2014

Lagi kontroversi Sakinah

Sharifah Sakinah
Sharifah Sakinah

Sharifah Sakinah

ENTAH mengapa, namun kontroversi dan Sharifah Sakinah bagai tidak dapat dipisahkan. Bahkan ada sahaja tindakan gadis berusia 25 tahun ini pasti akan menarik perhatian sekaligus menimbulkan kontroversi.

Terbaru, adik kepada pelakon Sharifah Shahirah ini mengundang kontroversi apabila memuat naik sekeping gambar t-shirt yang berimej gambar payudara menerusi akaun peribadi Instagram miliknya.

Menegaskan bukan sengaja mencari publisiti, Sakinah menjelaskan gambar baju-t yang dimuat naik di laman Instagramnya itu bertujuan untuk menyokong kempen kanser payudara yang di‘repost’ daripada Instagram Jessica Alba pada hujung tahun lalu.

Menurut Sakinah, dia hairan mengapa baru kini foto itu tersebar semula di laman sosial sehingga menjadi perhatian media.

“Foto itu berkaitan dengan sebuah kempen. Saya pun pelik kalau perkara buruk itu cepat sahaja menular walaupun orang ramai tak tahu kebenarannya. Ia hanyalah tujuan untuk kempen saja. Tapi, disebabkan foto itu jadi kontroversi, saya dah pun padamkannya,” katanya.

Sakinah berkata, di sebalik dicemuh, ada pula menyangka t-shirt payudara itu merupakan satu lagi produk promosi kesihatan yang dikeluarkannya.

“Itu bukan produk saya! Produk saya hanya ada dua saja,” katanya yang turut mempromosikan dua t-shirtnya yang menjadi bahan kritikan masyarakat.

Malah, baju yang tertera tulisan ‘Cantik Tak Bontot Saya’ dan ‘Jogging Sampai Kentut’ yang menjadi tagline t-shirt keluaran Sakinah pernah disindir sebilangan masyarakat yang menyatakan pelakon ini bersifat kebudak-budakan.

Enggan mempedulikan cakap-cakap orang, pelakon yang popular dengan drama Bunga Merah Punya ini berkata ia bukan mahu menimbulkan sebarang gimik.

“Bagi siapa yang nak beli, beli. Siapa yang tak nak beli, terpulanglah. Bagi saya, kalau sesuatu benda itu bagus, orang akan ingat. Kalau ia tak bagus, lagi orang akan ingat.

“Lebih banyak orang kutuk, lagi ramai join ‘fitness’ saya. Lagi ramai yang beli produk saya. Saya buat fitness ni pun sebab nak cari duit lebih. Jadi saya tak kisah orang nak cakap apa,” katanya yang mengakui seorang yang berfikiran ‘bussiness minded’.

Malah, menurutnya, tulisan pada baju-t itu adalah sebagai strategi pemasaran dan bukanlah publisiti.

“Saya buat begitu untuk memasarkan produk saya dan ia bukan lucah pun,” katanya yang kini semakin aktif dengan program senamannya yang dikenali dengan nama Fitness Sakinah.

Hanya mampu bersabar, Sakinah menegaskan tidak mahu ambil pusing dengan perkara itu. Tambahnya, dia memang penat menjadi bahan cacian orang, namun mengambil sikap tidak peduli.

“Saya buat tak tahu saja, kalau saya jawab saya nampak bodoh. Jadi saya tetap jadi diri sendiri. Terpulanglah kepada masyarakat nak terima atau tidak,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sakinah baru saja selesai menjalani penggambaran filem ‘Pekak’ arahan Michael Ang dan bakal berada di lokasi drama bersiri 13 episod itu tidak lama lagi.

Sakinah juga kini sedang sibuk mengeluarkan produk penjagaan muka dan badan yang direka khusus untuk individu yang aktif bersukan.

Menurut Sakinah, produk Sharifah Sakinah Active itu bakal dilancarkan pada bulan Jun nanti.

- Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment