KUANTAN - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong gempar selepas seorang lelaki dipercayai tidak siuman bertindak terjun dari tingkat dua bangunan berkenaan, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, lelaki berumur 44 tahun itu mengalami kecederaan parah di kepala dan badan dalam kejadian 7.30 malam itu.
Katanya lelaki itu disahkan mati semasa menerima rawatan di Hospital Bentong.
"Lelaki terbabit telah datang ke IPD Bentong dalam keadaan meracau-racau dan membuat kecoh dan tanpa disedari telah naik ke tingkat dua bangunan dan terjun," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Katanya motif lelaki terbabit masih dalam siasatan dan polis akan mengambil keterangan keluarganya.
"Siasatan awal polis percaya tiada sebarang unsur jenayah ke atas mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment