KUALA LUMPUR: India menangguhkan usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.
Kementerian Pertahanan bagaimanapun berkata, aset operasinya tetap diletakkan dalam keadaan bersiap sedia.
Kementerian Pertahanan India dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu diambil selepas pihak berkuasa Malaysia memberi petunjuk bahawa berdasarkan siasatan operasi mencari sudah memasuki fasa baru.
India serentak dengan itu akan merangka rancangan dan strategi baru bagi membantu usaha pencarian dengan menggunakan masing-masing enam pesawat dan enam kapal selain helikopter untuk mencari pesawat MH370 di sekitar Laut Andaman dan Teluk Benggala.
Menurut Kementerian Pertahanan lagi, setakat ini tiada pengesanan dilapor oleh unit yang dikerah untuk mencari di pelbagai kawasan yang ditentukan.
Pakar Kawalan Trafik Udara India sebelum ini menolak kemungkinan pesawat Boeing 777-200 milik MAS itu memasuki ruang udaranya kerana adalah mustahil bagi pesawat berkenaan melintasi negara benua kecil itu tanpa dikesan radar awam dan tentera.
Astro Awani
No comments:
Post a Comment