SAMSUNG pada Isnin melancarkan peranti telefon pintar terbaharunya, S5, dilengkapi dengan ciri-ciri pengimbas cap jari dan pengesan kadar degupan jantung.
Pelancaran di Barcelona, Sepanyol itu dilihat sebagai usaha syarikat Korea itu untuk terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu industri.
Turut dilancarkan “gelang” untuk mereka yang mementingkan kesihatan.
Ketika ini Samsung menguasai 30 peratus pasaran telefon bimbit dunia, hampir dua kali ganda dari pesaing terdekatnya, syarikat Apple.
Namun disebalik kejayaan melancarkan produk baru, pemerhati berkata adalah sukar buat Samsung untuk meraih keuntungan lumayan berikutan keadaan pasaran yang semakin sengit termasuk pengeluar dari China.
Antara paparan S5, adalah pengenalan pengesan kadar jantung yang menggunakan sentuhan jari pada sinar pengesannya. (Klik Video)
Secara keseluruhannya ia dibina menggunakan bahan plastik dengan sentuhan ala kulit di bahagian belakang.
Ini termasuk dengan paparan skrin 5.1 inci, 16 mega-pixel dan butang home juga digunakan sebagai pengesan cap jari.
Jangka hayat baterinya juga dikatakan lebih lama.
Semalam Samsung turut melancarkan jam tangan pintarnya Gear 2.
Menurut firma penyelidikan Gartner Inc, pasaran telefon pintar dunia kini dianggarkan meningkat 42.3 peratus dengan sejumlah 968 juta unit dijual tahun lalu.
Pasaran negara baru naik, penyumbang besar kepada jualan.
Sumber: Agensi
No comments:
Post a Comment