Saturday, 8 February 2014

Gelung Olimpik Sochi tidak berfungsi


SOCHI: Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 di Sochi dibuka secara rasmi oleh Presiden Rusia Vladimir Putin dalam satu acara gilang gemilang pada Jumaat.

Acara persembahan di Stadium Olimpik Fisht bermula pada 8.14 waktu tempatan dengan menampilkan bekas juara tinju heavyweight Nikolai Valuey dan bintang sukan tenis Maria Sharapova.

Majlis pembukaan itu turut berdepan masalah teknikal apabila hanya empat gelung Olimpik berjaya berubah daripada salji dan dinyalakan, manakala yang kelima tidak berubah seperti yang dirancang.


Bagi yang menyaksikan acara itu di seluruh dunia dipersembahkan dengan sebuah persembahan spektakular yang dipenuhi visual dan koreografi.

Ia direka berdasarkan sejarah Rusia yang dilihat dari impian seorang kanak-kanak perempuan bernama Luboy yang bermaksud cinta dan melihat sejarah lampau, masa kini dan masa depan negara itu.

No comments:

Post a Comment