KUCHING: Berikutan saranan beberapa pertubuhan bukan kerajaan(NGO) supaya hukuman yang lebih berat dikenakan bagi kesalahan meragut, rata-rata masyarakat di bumi Kenyalang, Sarawak turut bersetuju dengan saranan tersebut yang mendesak supaya pihak berkuasa di negara ini mengenakan tindakan yang lebih berat bagi memberi kesedaran kepada pesalah tersebut disamping ianya dapat membendung masalah salah laku berkenaan kepada orang ramai.
Tinjauan Astro AWANI mendapati warga di negeri Sarawak turut menganggap hukuman yang sedia ada pada masa kini amat ringan hukumannya dan kemungkinan ianya tidak akan memberi kesedaran kepada pesalah berkenaan dan ada juga kemungkinan mereka akan kembali mengulangi kesalahan yang sama selepas dibebaskan.
Mereka semua amat besetuju dengan hukuman berat yang dikenakan kepada pesalah berkenaan dan mereka juga turut berasa marah kalau hukuman yang ringan sahaja diberikan kepada pesalah ragut berkenaan.
Selain itu juga, ada individu yang mencadangkan agar Malaysia melaksanakan sistem hudud mengikut negara Brunei bagi mengurangkan jenayah di negara ini disamping memberi cadangan agar dibina satu pusat khas seperti pusat serenti bagi menepatkan para peragut ini untuk menjalani hukuman dan pemulihan.
Rata-rata peragut yang ditangkap pada masa kini hanya dikenakan hukuman ringan dan tidak sepadan degan perbuatan mereka yang ada ketikanya mendatangkan kecederaan yang teruk kepada mangsa yang diragut.
Buat masa ini, tiada undang-undang khusus bagi jenayah ragut.
Pesalah akan didakwa di bawah Akta Kanun Keseksaan bagi mencuri untuk ragut yang tidak membabitkan kekerasan.
Bagi kes ragut yang membabitkan kekerasan, senjata atau mendatangkan kecederaan, pesalah akan didakwa sebagai jenayah samun.
Hukuman maksima untuk kesalahan ragut tanpa kekerasan yang pertama adalah lima tahun dan tujuh tahun bagi kesalahan berulang.
Manakala bagi kesalahan ragut menggunakan kekerasan, hukuman maksima adalah 20 tahun.
ASTRO Awani
No comments:
Post a Comment