KUALA NERANG: Tiga warga Nepal ditahan polis selepas didakwa mengetuai lebih 100 pekerja asing sebuah kilang yang cuba merusuh dan mencetuskan kekecohan di Jalan Pokok Sena dekat sini, malam tadi.
Pekerja asing itu dikatakan berang selepas majikan mereka bersikap acuh tidak acuh apabila dimaklumkan seorang rakan mereka mengalami sesak nafas di asrama pekerja.
Kumpulan pekerja asing itu berkumpul di depan rumah majikan mereka pada lebih kurang pukul 9 malam dan mendesak majikan itu berbuat sesuatu membantu bagi rakan mereka itu.
Namun majikan itu yang bimbangkan keselamatan dirinya enggan keluar rumah sebaliknya bertindak menghubungi polis.
Pekerja asing itu bertambah berang apabila mendapati rakan mereka yang sesak nafas itu meninggal dunia kerana majikan mereka dikatakan lewat mengambil tindakan.
Polis yang tiba kira-kira 20 minit kemudian berjaya meleraikan keadaan dan menghubungi hospital untuk mengesahkan kematian itu.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kota Setar, Superintendan Mat Akhir Jaafar berkata, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
"Kita tunggu laporan bedah siasat untuk menentukan punca kematian itu," katanya.
Mayat pekerja itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bedah siasat.
Hasil siasatan awal mendapati pekerja kilang papan itu bertindak demikian kerana sebelum ini ada tiga kematian di asrama itu tetapi mendakwa majikan mereka tidak berbuat apa-apa.
Polis memaklumkan tiga kematian itu disifatkan sebagai kes kematian mengejut.

- ASTRO Awani
No comments:
Post a Comment