SYDNEY: Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan ketika dibawa ke hospital apabila rongga telingganya dimasuki oleh seekor lipas yang besar.
Cubaannya sebelum itu untuk mengeluarkan serangga tersebut menggunakan pembersih hampagas juga gagal.
Menurut media Perbadanan Penyiaran Australia (ABC), kesulitan yang dialami Hendrik Helmer dari Darwin itu bermula pada awal pagi Rabu apabila dia terjaga dari tidurnya setelah merasa sangat sakit pada bahagian kanan telinganya.
"Saya berharap ianya bukanlah sejenis labah-labah yang berbisa dan saya berharap juga janganlah ianya mengigit saya," katanya.
Dia menambah, setelah kesakitannya itu bertambah teruk, dia mencuba untuk menggunakan pembersih hampagas dalam cubaannya mengeluarkan serangga tersebut .
Malah, dia juga memasukkan air di rongga telinganya namun masih juga gagal membawa keluar serangga tersebut.
"Apa jua yang berlegar di rongga telinga saya, ianya tidaklah semudah yang disangka untuk mengeluarkannya," dia memberitahu media tersebut pada Jumaat.
Dengan keperitannya menahan kesakitan itu, rakan serumahnya kemudian membawanya ke hospital dan doktor yang merawatnya kemudian memasukkan sejenis cecair seperti minyak ke dalam rongga telinganya.
Tindakan tersebut memaksa lipas yang berukuran dua sentimeter (0.8 inci) merayap hingga ke dalam ruang rongga telingganya itu sebelum mati.
"Hampir 10 minit lamanya sebelum lipas itu berhenti merayap. Namun, ianya masih berada di dalam telinga saya dalam keadaan kelemasan sebelum mati," kata Helmer.
Di waktu itulah, doktor kemudiannya memasukkan alt seperti penyepit dan menarik keluar lipas tersebut.
"Doktor berkata kepada saya bahawa lipas kecil yang didakwa berada dalam telinga dan dibawa keluar itu bukanlah seperti yang disangkakan," katanya.
"Mereka mengatakan bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan serangga yang besar dari telinga seseorang,".
Helmer memberitahu ABC bahawa dia tidak akan mengambil sebarang langkah tambahan dalam menghalang telinganya dimasuki serangga ketika tidur meskipun teman-temannya mengatakan bahawa mereka begitu terganggu dengan pengalaman yang dihadapinya dan mengambil langkah seperti menggunakan fon kepala ketika tidur. --AFP
No comments:
Post a Comment