Tahun lalu, ada sahaja cerita yang kurang enak kedengaran, mengaitkan nama aktres berkulit putih gebu, Hanez Suraya.
Biarpun kerjaya seninya berjalan dengan rancak, kontroversi-kontroversi yang timbul satu demi satu itu sedikit sebanyak mencalarkan nama baiknya.
Namun itu cerita dulu, tekad Hanez bagi tahun 2014 ini, dia tidak lagi mahu cerita kontroversi melatari perjalanan seninya dan mahu lebih fokus terhadap karier.
“Memang bagi sesetengah pendapat, kontroversi itu dapat membantu seseorang artis, tapi bagi Hanez, cukup-cukuplah.
“Tahun ini Hanez mahu ‘all out’ dalam kerja, beri lebih perhatian terhadap tugas Hanez sebagai duta Aura White. Selain itu juga, Hanez merancang untuk membuka perniagaan, tapi perniagaan apa? Tunggu...,” katanya kepada Zass.
Ditebak beberapa cerita mengenainya yang masih belum selesai seperti kes saman terhadap bekas pembantu peribadinya dan juga tuduhan yang mengatakan dia meniru gaya seorang selebriti tanah air, Hanez berkata;
“Berkaitan saman itu, apa yang Hanez boleh katanya kes masih lagi berjalan di mahkamah.
“Susah untuk Hanez selesaikan di luar mahkamah kerana tidak mendapat kerjasama sepenuhnya. Hanez tak mahu nanti bila diberi muka, kejadian sama berulang kembali.
“Mengenai tiru gaya dan fesyen tu, apa yang boleh Hanez katakan, buat apa nak tiru artis dari negara sendiri. Hanez tak nampak di mana Hanez meniru kerana gaya adalah suatu hal yang general. Cuma apa yang Hanez nampak, ia adalah sebagai satu cara untuk melaga-lagakan Hanez dengan orang lain.
“Sebab itu Hanez kata, Hanez harap tiada lagi cerita-cerita sebegini untuk tahun ini,” ujarnya.
Fokus drama
Menyentuh mengenai soal kerjayanya pula, Hanez berkata, dia akan terlibat dengan penggambaran drama Autumn Di Hatiku musim kedua tidak lama lagi.
Katanya, bukan mahu bersikap memilih, namun jelas Hanez dia lebih suka berlakon drama.
“Kalau tawaran filem ada jalan cerita, skrip dan watak yang baik, Hanez tidak keberatan untuk menerima. Tapi buat masa ini Hanez lebih selesa berlakon drama,"jelasnya.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment