Friday, 8 November 2013

Terbaru: 18,349 disyaki anggota kongsi gelap ditahan

PDRM

KUALA LUMPUR - Tangkapan 18,349 individu yang disyaki anggota kongsi gelap membuktikan Polis Diraja Malaysia tidak membiarkan anggota kumpulan haram itu bergerak bebas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka merupakan sebahagian daripada 40,313 orang yang dikenal pasti menganggotai 49 kumpulan atau pertubuhan yang diharamkan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

"Dakwaan yang menyatakan bahawa polis tidak menangkap anggota kumpulan kongsi gelap adalah kenyataan tidak berasas sama sekali dan mempunyai agenda tersendiri," katanya dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya angka berkenaan diperoleh daripada maklumat risikan dan juga percakapan ketua serta anggota kongsi gelap yang ditangkap semasa Operasi Khas Cantas dari 17 Ogos hingga 13 Okt lepas.

Mereka yang ditangkap akan didakwa di mahkamah jika ada bukti kukuh mengenai pembabitan mereka dalam kegiatan kongsi gelap, katanya.

BERNAMA

No comments:

Post a Comment