Tuesday, 12 November 2013

'Pump gun' bunuh Norazita ditemui

Suspek rompak, bunuh di Ambank ditangkap
Suspek kes rompakan dan bunuh pegawai AmBank Subang Jaya dikawal ketat oleh anggota polis ketika keluar dari Mahkamah Petaling Jaya hari ini selepas ditahan di Kota Tinggi di sini, awal pagi tadi. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Polis hari ini menemui senjata api yang dipercayai diguna dalam pembunuhan pegawai Ambank ketika rompakan di bank itu bulan lepas.

Menurut sumber polis senjata api jenis 'pump gun' itu ditemui di dalam sebuah longkang di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Selain pump gun, polis juga menemui sekotak peluru, kata sumber itu kepada Bernama, di sini hari ini.

Katanya penemuan senjata api itu hasil soal siasat ke atas suspek utama yang diberkas oleh polis semalam.

Dalam kejadian 23 Okt lepas, Norazita Abu Talib, 37, maut selepas ditembak di bahagian muka oleh suspek yang juga pengawal keselamatan bank itu ketika mangsa membuka peti besi di bilik kebal bank berkenaan.

Suspek kemudian melarikan diri bersama-sama wang rompakan berjumlah RM450,000.

Lelaki itu diberkas oleh polis pagi semalam di Kota Tinggi, Johor.

BERNAMA

No comments:

Post a Comment