Friday, 15 November 2013

Penduduk Tacloban mahu penjara sementara

Penduduk Tacloban mahu penjara sementara

TACLOBAN CITY:  Kemusnahan penjara akibat taufan Haiyan menimbulkan ketakutan baki penduduk yang masih belum dipindahkan ke tempat selamat Cebu atau Manila.

Gabenor Leyte, Dominic Petilla berkata, kerisauan itu diluahkan selepas ada kes kekacauan yang dilapor penduduk setempat.

"Kita memikirkan untuk mewujudkan penjara sementara, kelewatannya boleh menjadikan lebih banyak kes jenayah," katanya ketika majlis penyampaian sumbangan Kelab Putera 1Malaysia (KR1M) di sini.

Dalam pada itu Dominic berkata, lebih 1 juta mangsa taufan Haiyan kebuluran dan kekurangan bekalan air bersih.

Jelasnya, mangsa kini mengharapkan bantuan makanan dari negara luar.

Selepas hampir satu minggu, penduduk keputusan makanan akibat pasar dan kedai runcit musnah.

ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment