LAMPEDUSA: Kerajaan Itali mengisytiharkan perintah berkabung pada Jumaat susulan tragedi bot pendatang karam di luar pesisir pantai pulau Lampedusa.
Bagi menghormati mereka yang terkorban semua sekolah di seluruh negara itu diarah bertafakur selama seminit sebelum memulakan sesi.
Dalam nahas berkenaan lebih 100 disahkan mati lemas manakala beratus yang lain dilaporkan masih hilang
Angka kematian dijangka mencecah lebih 300 orang.
Nahas berlaku selepas bot yang sarat membawa pendatang dari Tripoli, Libya terbakar dan kemudian karam, hampir satu kilometer di pesisir pantai pulau berkenaan.
Ketika itu ia membawa antara 450 hingga 500 penumpang.
Pasukan penyelam pengawal pantai menemui lebih 20 mangsa yang lemas di dasar laut manakala berpuluh yang lain ditemui hanyut.
Pihak berkuasa Itali memaklumkan hampir 200 mangsa berjaya diselamatkan.
Menurut mangsa, kejadian berlaku sebaik bot nelayan yang digunakan dimasuki air dan disusuli dengan kebocoran bahan api.
Salah seorang anak kapal berkenaan kemudian bertindak menyalakan api pada selimut sebagai isyarat kecemasan kepada kapal lain.
Ia bagaimanapun mengundang padah selepas disambar api.

- ASTRO Awani
No comments:
Post a Comment