Friday, 11 October 2013

Dua maut dalam nahas pesawat terhempas di Kudat

Dua maut dalam nahas pesawat terhempas di Kudat


KOTA KINABALU: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan dua maut dalam nahas pesawat Twin Otter MASwings yang terhempas di Kudatpada Khamis.

Dua yang maut adalah pembantu juruterbang, Marc Joel Bansh, 23 dan penumpang, Tan Ah Chai.

Bansh meninggal dunia kira-kira jam 9 malam Khamis manakala Tan menghembuskan nafas terakhir kira-kira empat jam lebih awal akibat kecederaan parah.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MAS yang juga Pengerusi MASwings Ahmad Jauhari Yahya mengesahkan perkara itu dan terdapat dua lagi mangsa yang cedera.

Beliau berkata terdapat seorang warga Filipina dan selebihnya merupakan warga Malaysia dalam pesawat yang membawa 14 penumpang dan dua krew itu.

Jauhari mewakili MAS turut mengucapkan takziah serta akan berusaha membantu keluarga dan rakan mangsa yang terlibat dalam nahas terbabit.

- ASTRO Awani

No comments:

Post a Comment