Thursday, 26 September 2013

Terima kasih kerana anda 'menyukai' kami 100,000 kali!

Terima kasih kerana anda 'menyukai' kami 100,000 kali!

Salah seorang daripada anda adalah antara 100,000 yang telah menyukai kami di Facebook.

Ini adalah satu kejayaan bagi Astro AWANI yang dicapai dalam masa lebih kurang enam bulan selepas laman web dwibahasa ini dilancarkan secara rasmi pada 20 Mac 2013.

Pelancaran itu dibuat serentak dengan kehadiran Astro AWANI dalam media sosial melalui Facebook, Twitter dan YouTube, dan kemudian di Instagram (tetapi itu cerita yang lain).

Pada tengah malam 26 September, dengan sokongan yang anda berikan selama ini seperti yang dapat dilihat daripada pelbagai komentar yang anda kongsikan di laman web ini, anda menjadi sebahagian daripada 100,000 orang yang mengikuti kami melalui Facebook.

Atas sokongan itu, kami sangat berterima kasih kepada anda. Sokongan itu mendorong semangat baru kepada kami.

Kami akan meneruskan usaha sedaya upaya untuk menjadi sumber berita yang mencetuskan perbincangan dengan semangat yang berpaksi kepada kepercayaan ini: "Fahami. Dalami. Luaskan Pandangan."

Kami sangat menyedari bahawa usaha itu bukanlah mudah terutamanya dengan pelbagai cabaran semasa dan hambatan yang ada. Tetapi kami akan terus berusaha mengatasi semua itu.

Untuk itu, kami mengalu-alukan pandangan dan teguran bagi membantu kami membalas keyakinan yang anda berikan ini.

No comments:

Post a Comment