Siapa kata pemimpin dunia semuanya tua dan hodoh? Lihat sahaja senarai berikut, jejaka tersenarai ini lebih sesuai memegang watak James Bond berbanding menjadi presiden atau perdana menteri sebuah negara!
Tidak percaya? Mari lihat bersama.
Enrique Pena Nieto, Presiden Mexico
Orang bernama Enrique ini memang kacak agaknya. (nota: Enrique Iglesias). Presiden Mexico yang berusia 47 tahun ini kacak seperti pelakon telenovela Mexico. Malangnya, beliau sudah berkahwin baru, kepada Angelica Rivera. Kalau tidak, mungkin kami sudah berpindah ke Mexico dengan harapan menjadi Wanita Pertama Mexico.
Jens Stoltenberg, Presiden Norway
Pemimpin Norway (Pilihan raya sedang berlangsung di Norway, jadi mungkin beliau tidak akan kekal sebagai presiden) ini membuatkan rambut beruban kelihatan seksi. Tetapi itu mungkin manfaat dilahirkan sebagai orang putih, oleh itu nampak lebih kacak beruban. Harap-harap sesiapa yang menggantikan presiden berusia 54 tahun ini sama kacak seperti beliau.
Sir Anthony Eden, bekas Perdana Menteri UK
‘Old is gold’ kata pepatah Inggeris. Apabila teringat bekas perdana menteri ini, memang benar pepatah tersebut. Sir Anthony melambangkan seorang lelaki bijaksana dan elegan.
Abhisit Vejjajiva,bekas Presiden Siam
Wakil Siam ini memang tiada tokok tandingnya. Wajah belia yang bisa mencairkan hati, alangkah seronoknya jika semua perdana menteri miliki wajah tampan seperti beliau.
Sumber
No comments:
Post a Comment