Bolasepak Pestabola Merdeka 2013 menyaksikan skuad Harimau Muda A, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kali ini, apabila membelasah Thailand 3-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.
Kemenangan membolehkan barisan muda negara ini, berdepan Myanmar di pentas akhir Sabtu ini.
Myanmar mara selepas menewaskan Singapura 2-0 dalam satu lagi perlawanan malam tadi.
Pengendali skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Ong Kim Swee mengotakan janjinya untuk memburu kemenangan, meskipun merehatkan beberapa tonggak utama daripada kesebelasan utama.
Junior Eldstal dan Nazmi Faiz Mansor antara tonggak utama yang berada di bangku pemain simpanan.
Barisan pelapis negara hanya memerlukan 11 minit, untuk memecah kebuntuan jaringan, menerusi rembatan Nasir Basharudin dari luar kotak penalti.
Jaringan awal itu, menyuntik moral pemain negara untuk terus mendominasi perlawanan di babak pertama.
Pemain kelahiran Sabah, Rozaimi Abdul Rahman kemudian melebarkan jurang gol pada minit ke-27, hasil umpanan cantik S Sivanesan.
Masuk babak kedua, Kim Swee mengeluarkan tonggak pertahanan, Fadhli Shas dan memasukkan pertahanan Kelantan, Nik Mohd Shahrul Azim.
Thailand mula menjelmakan aksi lebih agresif pada permulaan babak kedua, tetapi tetap sukar menewaskan benteng negara, biarpun tanpa kelibat Fadhli.

Malaysia kemudian terus menggandakan jurang gol pada minit ke-80, apabila Rozaimi berjaya melepasi kawalan benteng lawan sebelum menerjah gawang untuk jaringan keduanya.
Kedudukan 3-0 kekal sehingga wisel penamat.
- Astro Awani
No comments:
Post a Comment