Saturday, 28 September 2013

Johan As'ari tidak tolak jodoh dengan Shila


Mengakui akrab dengan Shila Amzah, Johan As'ari bagaimanapun menafikan mempunyai hubungan istimewa. Namun, Johan tidak menolak sekiranya Shila adalah jodoh yang ditentukan tuhan.

Johan sebelum ini menyatakan keluarga saling mengenali tetapi hubungan mereka sehingga kini tidak lebih sekadar kawan.

Shila pula pernah memberitahu dia ingin memberi fokus kepada karier dan tidak mahu memikirkan perihal cinta sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga tahun.

Spekulasi di antara Johan dan Shila mula timbul sejak Syawal lalu apabila foto mereka bersama dimuat naik di Instagram.


Sebelum ini ini yang dilaporkan mengenai penafian Shila:


Penyanyi Shila Amzah menafikan dia dan pelakon filem Juvana, Johan A'sari mempunyai hubungan istimewa.
Penyanyi ini meletakkan kehidupannya pada fasa permulaan dan hanya mahu memberi fokus pada kerjaya.


- ASTRO Awani

No comments:

Post a Comment