Sunday, 8 September 2013

Intan Ladyana Tak Takut Dikritik Kerana Babak Ranjang


Pertama kali melakonan babak intim serta aksi ranjang di dalam filem Dampak bersama Farid Kamil, pelakon Intan Ladyana akui babak yang dilakonkannya itu agak sukar.
Intan Ladyana berkata, babak itu dikatakan sukar kerana ianya perlu bermain dengan emosi dan fizikal secara serentak.
"Sebenarnya, babak itu sepatutnya adalah babak rogol namun akhirnya direlakan oleh Hana (watak lakonan Intan Ladyana) sebab dia memang suka pada Giran (Farid Kamil).
"Saya akui, babak itu paling susah sebab saya perlu menghayati watak secara fizikal dan bermain dengan emosi. Tapi syukur ianya menjadi," katanya kepada murai.com.my selepas prebiu filem Dampak di e@Curve Damansara baru-baru ini.
Dalam aksi ranjang itu, Intan dan Farid di dalam filem tersebut mereka bukan sahaja intim di atas katil yang mana Farid berada di atas tubuh Intan, malah kelihatan seperti Farid mencium seluruh wajah termasuk mulut Intan.
Apabila ditanya, adakah Intan tidak takut babak itu akhirnya akan menjadi bualan dan kritikan orang ramai. Intan akui tidak gusar kerana ianya sebahagian daripada jalan cerita itu.
"Saya tahu, saya pasti akan dikritik namun tak menjadi masalah kerana ia cuma sebahagian dari jalan cerita itu sendiri. Tapi tu cuma di dalam lakonan.
"Aksi kami bercium itu juga adalah hanya camera trick," jelasnya .
Sementara itu, pengarahnya, Lai Yuk Long memberitahu dia yakin pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) sudah melakukan kerja mereka dengan sebaiknya.
"Memang ianya kelihatan sangat daring. Tetapi bagi saya daring itu wujud selepas penonton membayangkannya, sedangkan apa yang digambarkan tidak lebih dari itu.
"Malah saya percaya pihak LPF sudah menjalankan tanggungjawab mereka," jelasnya lagi.
Selain Intan Ladyana dan Farid Kamil, filem Dampak turut dibintangi pelakon lain seperti Aaron Aziz, Juliana Evans, Intan Ladyana, Cat Farish, Scha Al Yahya dan Michael Chin.
Filem aksi yang diterbitkan oleh Apes Haus dan Ops Picture Sdn Bhd itu bakal ditayangkan di pawagam mulai 19 September ini.


Sumber: MyLaunchpad, Sabtu, 7 Sep 2013

No comments:

Post a Comment