Setelah menjalani uji bakat di lima lokasi di serata Malaysia, memilih dari ribuan peserta uji bakat yang hadir dan menyingkirkan 12 dari 24 peserta yang terbaik, inilah dia 12 orang pelajar yang akan menghiasi program Akademi Fantasia 2013 (AF2013) musim ini.
Sepuluh dari mereka telah pun diumumkan pada malam Jumaat yang lalu iaitu Aishah, Azhael, Darren, Iman, Indah, Irmisa, Nabila, Nona, Sani dan Suhada manakala dua lagi iaitu Faizul dan Amira telah diumumkan dalam Konsert Prelude AF yang berlangsung sebentar tadi.
Menarik kali ini, dua pasangan duo atau duet iaitu Irmisa dan Azhael telah terpilih dari kalangan 12 peserta ini. Irmisa dianggotai pasangan adik beradik iaitu Irmiza dan Irsa manakala Azhael pula adalah pasangan sahabat yang dianggotai oleh Hal Huzaini dan Azhar.
Adik kepada penyanyi popular Singapura, Aliff Aziz iaitu Aisyah juga antara yang bertuah berjaya menempa nama sebagai pelajar AF kali ini. Seorang lagi peserta dari Singapura selain Aisyah ialah Sani menjadikan dua peserta yang berasal dari Kota Singa itu.
Sementara itu, Faizul dan Amira pula telah diserap masuk ke dalam AF2013 selepas mendapat undian tertinggi dari pengundi yang mengundi menerusi aplikasi Samsung Galaxy Entri.
Konsert Prelude AF kali ini telah berlangsung dari Padang MPK 4, Kuantan, Pahang dan penonton di rumah turut boleh menyaksikannya melalui Astro Ria (saluran 104) dan Astro Maya HD (saluran 135).
Zizan Razak turut diperkenalkan sebagai hos untuk AF2013 manakala tiga pengkritik tetap untuk musim kali ini ialah Sharifah Amani, Edry Abdul Halim dan Roslan Aziz.
Tahniah kepada 12 orang pelajar yang terpilih menghiasi AF2013 ini. Kepada penonton jangan lupa untuk mengundi pelajar Akademi Fantasia 2013 pilihan anda. AF2013 telah dibawakan oleh Samsung.
No comments:
Post a Comment