Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid
PUTRAJAYA - Seorang bayi lelaki, Mohd Danish Rayqal berusia lima bulan ditemui mati oleh pengasuhnya di sebuah pusat jagaan di sini hari ini.
Bayi itu didapati sudah tidak bernyawa semasa pengasuh berkenaan hendak memandikannya kira-kira jam 3 petang.
Bapa bayi itu, Ismail Ramli, 28, yang menghubungi Bernama berkata, beliau bergegas ke Hospital Putrajaya sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu.
"Pihak taska telah menghubungi saya setelah mereka sampai di hospital, dan bayi saya telah disahkan meninggal dunia," katanya.
Ismail membuat laporan polis kerana meragui punca kematian anaknya yang sihat semasa dihantar ke pusat jagaan pagi ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan polis akan menjalankan siasatan. - Bernama
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment