Pelakon berbakat, Adi Putra menyerahkan segalanya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kes kontroversi skandalnya bersama isteri seorang ahli perniagaan.
Jelas Adi, dia telah memberi kerjasama dengan memberi keterangan di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berhampiran.
Enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi terbabit Adi memberitahu dia tidak melarikan diri seperti yang didakwa tetapi hanya berdiam diri kerana kes itu masih dalam siasatan pihak polis.
“Saya tidak boleh mengulas panjang (kerana) ia sulit. Saya tidak melarikan diri, saya diamkan diri kerana ianya masih dalam siasatan pihak polis. Saya nak sentuh satu mengenai gangguan seksual. Saya tidak akan berada di luar jika saya dalam reman. Jadi mungkin ada yang membuat andaian.
"Saya juga harus berlaku adil kepada pihak polis untuk membantu mereka meneruskan siasatan dan berpegang kepada kata-kata untuk berjanji tidak mengesahkan apa-apa dahulu,” kata Adi.
Adi ketika ditemui dalam satu majlis amal mengumpul dana anak-anak yatim Ar-Rayyan di Johor Bahru, bagaimanapun berjanji dan sedia bertemu media dengan mengadakan sidang media di Kuala Lumpur.
“Saya akan berjanji kepada semua rakan-rakan media dimana saya akan buat press relese dan akan memberitahu spekulasi itu secara terperinci,” tambah beliau.
Akui tertekan dengan kontroversi yang melanda pada mulanya, tetapi dengan adanya sokongan isteri, keluarga dan rakan-rakan, Adi percaya ianya adalah lumrah anak seni yang sering menjadi perhatian masyarakat.
Malah jelas Adi, dengan kuasa Allah kontroversi berkenaan tidak mengganggu kejga dan tugasnya untuk mencari nafkah.
Sementara itu, isteri Adi, Aida Yusof terus memberi sokongan dan menyerahkan kes berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
“Bagi saya apa yang diperjelaskan oleh suami saya, kes ini dalam siasatan dan semasa masih dalam siasatan, saya tidak boleh memberikan sebarang penjelasan untuk mengatakan ia atau tidak. Kita tunggu keputusan pihak atasan untuk memberi kerjasama kepada kita dan kita pun dah turun berikan kerjasama,” jelas Aida.
Sebelum ini, kontroversi itu terjadi apabila Adi Putra dikatakan di bawah siasatan polis selepas seorang lelaki mendakwa pelakon filem KL Gangster 2 itu melakukan skandal dengan isterinya.
Si suami mendakwa hubungan mereka berdua bermula sejak hujung bulan julai dan berlarutan sehingga Ogos lalu.

- Astro Awani
No comments:
Post a Comment